Sunday, 13 January 2013

perisai muslimah ...


assalamualaikum !
Muslimah itu seorang wanita Islam yang berperibadi Islam . Solehah pula , seorang wanita Islam yang berperibadi Islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya , hanya menurut pandanganku sahaja . Jadi , jika ingin menjadi solehah , wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu .
Perisai itu , ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang . Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai . Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah . Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru , tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi . Kuasanya lebih hebat , mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya .
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah , ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana . Kerana neraka itu 'hot' , syurga itu 'sweet' .
Perisai , itulah tudung labuh . Semakin labuh tudungnya , semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya . Bukan mengharap penghormatan orang lain , cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah" .
Dengan memakainya , muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu . Menjaga setip gerak geri , itulah amanahnya . " Sedarlah muslimah yang berperisai . Anda membawa amanah tudung labuh . Apabila ia melindungimu , jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah , kerana apabila kau membolosinya , engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain" .
Kini , sedih apabila kedengaran di telinga , "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun" . Seorang sahaja yang membolosi perisainya , semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya . Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim" ,  tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia .
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali , terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi :
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah .
Wahai muslimah , menutup aurat itu satu kewajipan , tidak kiralah bagaimana gayanya . Berpakaianlah seperti seorang muslimah , kerana pakaian melambangkan diri kita . InsyaAllah .
lots of love , 
muslimahtobe

No comments:

Post a Comment